BERBAKI beberapa hari sahaja lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, penyampai radio Feeya Iskandar diuji dengan pemergian ibu mentuanya pada Ahad.
Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun agak perit, dia dan suami tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.
“Ibu mentua saya meninggal pada waktu solat Subuh. Saya dan keluarga sempat mengadapnya ketika dia sedang menghembuskan nafas yang terakhir.
“Arwah pergi dalam keadaan yang sangat tenang, mudah dan pengakhiran yang sangat baik.
“Kita bersyukur dengan amalan arwah di dunia kerana ramai yang datang ziarah,” katanya kepada MH.
Cik Piah berkata demikian ketika ditemui di majlis iftar dan tayangan video raya Suria FM yang berlangsung di Sri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, penyampai segmen Hello Suria ini menyifatkan ibu mentuanya itu sebagai seorang yang sangat memahami dan menyayangi menantunya seperti anak sendiri.
“Walaupun dia ibu mentua, saya sayang dia seperti ibu sendiri. Sepanjang bergelar menantu, saya tak pernah berbalah dengan arwah.
“Kalau bergaduh dengan suami, dia tak pernah nak masuk campur atau nak menangkan anak dia.
“Walaupun kadang-kadang menantunya bangun lambat, tetap layan dengan baik. Namun, saya juga tahu nak tambat hati mentua sebab tahu saya tak sempurna,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Cik Piah akui pemergian ini sangat memberikan kesan buat suaminya saat ini.
“Suami saya anak bongsu. Jadi, dia memang rapat dan manja dengan ibunya. Kalau dia belikan apa-apa untuk ibu dia, saya tak pernah cemburu.
“Saya nampak dia sedih tapi suami dan adik beradiknya yang lain pun sudah reda. Sedih itu pasti sebab kenangan itu masih ada.
"Bila teringat mesti kita sebak tapi hidup harus diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, Cik Piah memaklumkan dirinya kini sudah memulakan pekerjaan seperti biasa.
“Saya memang sangat sedih. Luaran memang boleh nampak gelak ketawa. Sepatutnya saya masih bercuti tapi saya tetap ‘on air’ seperti biasa.
“Semuanya sudah selamat dan suami pun beri keizinan semalam. Kita tak boleh fikirkan perasaan kita sahaja dan tetap kena berikan komitmen." -Media Hiburan
Media Hiburan
Tue Apr 02 2024
Menurut Feeya, meskipun agak perit, dia dan suami tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka. -Media Hiburan
9 rakyat Malaysia antara mangsa dalam pesawat SIA
Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok mengesahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 anak kapal berada di dalam pesawat Singapore Airlines yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.
Pesawat Emirates langgar Flamingo, mendarat selamat di Mumbai
Dalam perkembangan sama, portal Business Standard melaporkan, jurucakap Emirates mengesah pesawat syarikat penerbangan tersebut terlibat dalam insiden berkenaan.
Puluhan terbunuh dalam pertempuran antara kaum di DR Congo - PBB
Puluhan orang awam telah terbunuh setakat bulan ini dalam pertempuran antara kaum yang berlaku di Republik Demokratik Congo.
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel satu tindakan berani - Nga
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang dilakukan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu langkah berani.
'Terpaksa jadi kekwat' - Sarimah Ibrahim sanggup belanja RM50,000 untuk jiwai watak
Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.
Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei
Sorakan penyokong menyemarakkan semangat beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dalam aksi pusingan pertama kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.
21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura
Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan siasatan sedang dijalankan.
Sasaran subsidi bahan api langkah wajar - Penganalisis
Sasaran subsidi secara tepat dapat mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Serangan balai polis Ulu Tiram: JKM sedia beri kaunseling pada keluarga mangsa - Noraini
JKM akan menyediakan sesi kaunseling kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lepas.
Penempatan 747 pegawai perubatan siswazah ringankan beban petugas kesihatan - KKM
Sejumlah 747 pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah masing-masing akan ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.
'Meninggal ketika solat Subuh' – Feeya Iskandar sayu pemergian ibu mentua di bulan baik
Menurut Feeya, atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun agak perit, dia dan suami tetap menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.